Tuesday 10 January 2012

PERTANDINGAN POSTER ANTI DADAH 2012





ALHAMDULILLAH, .... Pertandingan poster anti dadah peringkat SMK Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan..... Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Panitia Seni kerana sudi memberi ruang kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengadakan pertandingan di bilik seni. Terima kasih dan syabas kepada semua 21 orang pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini. Kami amat berbangga dengan usaha dan penglibatan anda. Sesungguhnya kebersamaan dan kesudian anda menjayakan pertandingan ini amat dihargai. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para pentadbir SMK PG kerana memahami dan menyokong usaha UBK untuk sentiasa menyediakan rung dang peluang kepada pelajar mempelajari sesuatu sekaligus menyumbang kepada pihak sekolah. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak ibu bapa yang menyokong pertandingan ini. Terima kasih juga kepada En Mohd Sabry, Guru Pendidikan Seni kerana sudi menjadi juri jemputan kali ini. Budimu tuan, tidak terbalas oleh kami.

Najis Dadah harus dijauhi,
Agar hidup lebih bermakna;
Marilah kita saling menyayangi,
Semoga negara aman sejahtera.

Untuk mengetahui siapa pemenangnya, tunggu pengumumannya minggu hadapan.....

BERSAMA KITA PERANGI NAJIS DADAH, 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH.

No comments:

Post a Comment