Thursday 22 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA,... SEMOGA ANDA SENTISA SIHAT, CERIA, BAHAGIA, WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA KETIKA INI....

Tidak lama lagi tahun 2011 akan pergi meninggalkan kita.... Tahun 2012 pula akan datang menjengah tiba.... sudahkah anda membuat persiapan untuk menghadapi tahun 2012?
Sudah tercapaikah segala azam atau matlamat anda? Atau sudah berapa peratuskah azam anda dapat dipenuhi?
Saban tahun apabila menjelang tahun baru, kita sering ditanya tentang Azam Baru.... Errrmmmmmm............
Bagaimana dengan Azam anda tahun 2012 nanti? Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pasir Gudang juga mempunyai Azam tersendiri.. Kami berAzam untuk menjadi Unit Bimbingan dan Kaunseling terbaik, memberikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada semua warga SMK Pasir Gudang, menjadi bilik kaunseling terbaik di Daerah Pasir Gudang.

Bagi tahun 2012 juga, Unit B&K akan melaksanakan pelbagai aktiviti atau program menarik bagi membantu pihak sekolah merealisasikan visi menjadi Sekolah Unggul.....
Bukan mudah untuk mencapai sesuatu Azam... ia mesti dilakukan dengan niat, dan usaha yang bersungguh-sungguh.... Akan ada banyak halangan yang mendatang, segalanya seolah-olah tidak membantu kita, bahkan ada yang terus terbantut Azamnya....

Saranan Unit B&K, teruskanlah dengan Azam anda, walau apapun cabarannya, hadapi dengan tabah, teruskan berdoa dan minta bantuan serta sokongan dari semua pihak....

Doa kami, semoga kita sama-sama berjaya mencapai Azam untuk tahun 2012 nanti, Insya Allah.....

Jumpa lagi, Jaga Diri... Kami Sayang Anda!

1 comment: